Monday 23 May 2016

10 Tips Berjumpa Bakal Mertua

10 Tips Berjumpa Bakal Mertua

1. Rancang Pertemuan: Faktor masa adalah penting dalam membuat temujanji atau aturan bertemu keluarga mertua. Kerana pemilihan masa akan menentukan keadaan dan suasana pertemuan itu. Elakkan pertemuan secara mengejut, atau datang bukan dalam waktu keraian. Pilihlah tarikh pertemuan seperti hari raya, kenduri kahwin saudara dan yang sewaktu dengannya.

2. Jaga Penampilan Diri: Tanggapan pertama keluarga mertua amat penting supaya mertua dapat menganalisa keperibadian anda sepenuhnya. Maklumlah, untuk menyerahkan kehidupan anaknya kepada anda, mereka perlulah membuat kajian sendiri juga tentang bakal menantu yang akan dikahwini oleh anda. Jadi berpakaian sopan merupakan kepentingan utama. Contoh berpakaian sopan yang paling ideal adalah baju kurung. Biar santai tetapi kemas.

3. Tunjukkan Adab Sopan Dan Kerajinan: Tunjukkan akhlak yang baik. Pertuturan yang baik dan sifat yang terpuji menggambarkan keperibadian anda. Untuk perempuan, ringankan tulang anda untuk membantu bakal mentua seperti memasak, mengemas, membasuh pinggan dan sebagainya. Bakal mentua juga akan menganalisa anda berdasarkan skil komunikasi, memasak, skil sebagai suri rumah tangga yang akan menjaga anak mereka kelak.
Untuk lelaki pula, jika ada kenduri, buat-buatlah rajin tolong goreng ayam. Jika ada keraian, ringakan-ringankan tangan angkat makanan dan dulang pada tetamu. Tentu akan ada orang berbisik-bisik, “Eh, siapa tu yang rajin angkat hidang. Tak pernah nampak pun”. Haaa.. nampak tak permainan ini?

4. Biarlah Besederhana: Tips berjumpa bakal mertua yang seterusnya ialah sentiasalah bersederhana dalam segala perlakuan anda. Ini kerana sifat bersederhana dituntut oleh syarak dan juga menyejukkan mata yang memandang. Jangan ada rasa bongkak diri atau bersifat berlebih-lebihan. Ini kerana mentua menyukai menantu yang tidak mempunyai sifat bangga diri dan sentiasa bersederhana. Ianya juga akan merapatkan silaturrahim antara kedua belah pihak. Untuk perempuan, elakkanlah bermekap tebal-tebal.

5. Jaga Diri Sendiri, Jangan ‘FAKE’: Ini adalah tips yang sebaik-baiknya dan perlu dijadikan tabiat. Ianya akan menunjukkan keperibadian anda yang sebenar kepada mertua. Sepertimana anda terhadap pasangan anda, begitulah juga layanan anda kepada mentua, cuma perlu lebih bersopan dan mengetahui batas-batasnya. Hipokrasi hanya akan mengundang syak wasangka dan memberikan tanggapan buruk dari pihak mentua. Jangan sebelum kahwin nampak baik, selepas kahwin baru tunjuk tembelang!

6. Ada Pengetahuan Agama Yang Kukuh: Ilmu pengetahuan tentang agama amat penting kerana itu adalah tunggak kebahagiaan dan kewajipan keluarga. Agama memberi panduan kepada keluarga dan pasangan ke arah kehidupan yang lebih bahagia di dunia dan akhirat. Selain itu juga, ilmu tersebut juga akan menjadi panduan kepada anak-anak yang akan lahir kelak. Untuk lelaki, jangan sampai bakal mertua suruh baca doa makan, tidak tahu pula. Apatah lagi bila didorong ke depan untuk jadi imam solat, asyik geleng-geleng kepala. Jika mahu kahwin anak dia, kenalah tahu memimpin keluarga.

7. Soal-selidik Pihak Mertua: Sebelum berjumpa pihak mentua, eloklah membuat soal-selidik dahulu melalui pasangan anda. Ini kerana ianya dapat mengelakkan salah faham dan juga mengetahui cara yang betul untuk menambat hati pihak mentua. Tanya betul-betul, cuma jangan sampai pasangan rasa pissed-off.

8. Pandai Membuka Bicara: Dalam mana-mana skil komunikasi, pembukaan bicara adalah yang paling sukar dilakukan terutamanya apabila di dalam keadaan yang janggal. Setelah melakukan soal-selidik pihak mentua daripada pasangan anda, anda akan dapat gambaran apakah topik yang dapat dibicarakan bersama mentua. Cuba berbual secara spontan dan natural, supaya ianya tidak digambarkan seperti sudah dirancang dan diskripkan. Jika tidak tahu mahu bual apa, cuba tanya tentang cuaca, “Macam mana minggu ini, panas tak?”. Atau, “Lama rasanya tidak hujan tempat saya. Kat sini hujan tak?”. Nescaya, akan panjang perbualan itu.

9. Bawa Buah Tangan: Buah tangan merupakan simbol penghargaan kepada pertemuan anda dan pihak mentua. Dari soal-selidik juga, anda dalam proses menambat hati mentua. Ianya juga dapat dijadikan topik perbualan seperti contoh, kalau anda membawa kek lapis, kemungkinan pihak mentua akan bertanya dari mana anda membelinya. Jikalau anda membuat sendiri, mungkin anda dan pihak mentua dapat berkongsi resipi atau tips untuk memasaknya. Yang paling selamat ialah dengan bawa buah-buahan sahaja. Tanya pasangan, buah-buahan yang macam mana yang mertua suka.

10. Kenal-kenal Dengan Bakal Abang/Kakak/Adik Ipar: Ini tips berjumpa bakal mertua yang terakhir. Dan ini antara yang paling penting. Jangan buat muka sombong. Cuba berbaik-baik dan kenal-kenal dengan bakal abang/kakak/adik ipar. Mulanya, mungkin ada yang nampak sombong. Bila bakal mak mertua kenalkan satu persatu, mungkin boleh jadi lebih rapat.Ambil peluang untuk mengenali lebih rapat, kerana bila berkahwin dengan pasangan, kita bukan kahwin dengan pasangan itu sahaja. Kita kahwin dengan seluruh keluarganya.

Pssstt..jangan lupa kursus kahwin minggu ni pada 28&29 Mei 2016. Kursus seterusnya pada 4&5 Jun 2016 di Jitra.

Untuk DAFTAR Anda cuma perlu berikan: NAMA PENUH + NO. I/C + NO. TEL + TARIKH KURSUS ke 017 – 5767 433

FB Page: 
Kursus Kahwin Alor Setar

Kursus Perkahwinan Islam Masjid Al-Muttaqin Jitra


Monday 16 May 2016

Kursus Kahwin Terdekat


Assalamualaikum.. sebelum tu, jom ikuti kami di facebook FB Page: Kursus Kahwin Alor Setar
Kursus Perkahwinan Islam Masjid Al-Muttaqin Jitra



Tengah mencari tempat kursus kahwin ke? Minggu ni kami akan adakan kursus kahwin di Masjid Al-Muttaqin, Jitra pada tarikh 20&21 Mei 2016. Siapa yang tetiba rasa nak join, boleh terus hubungi @ whatsapp kami untuk tempahan tempat dan tarikh di talian kami 017-5767 433

Jika tak dapat untuk hadiri kursus pada minggu ini, bolehlah hadiri kursus pada minggu hadapan di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 28&29 Mei 2016. 

Semudah Whatsapp, hantarkan Nama Penuh+No I/C+No Telefon dan Tarikh Kursus ke 017-5767 433 sekarang!

***MENANGI CASH SEBANYAK RM50 SETIAP KALI KURSUS KAHWIN DIADAKAN. ANDA MUNGKIN BERTUAH UNTUK DAPAT*** wink emoticon

Memahami Tanggungjawab Suami Isteri

Ramai yang menyangka apabila selesai akad, maka pasangan akan memahami kita dan akan melayan kita sebaiknya. Lelaki akan beranggapan dia ketua keluarga, maka dia anggap isterinya akan melayan diri, makan dan pakainya. Dia bakal menjadi raja. Isterinya kena patuh dan taat segala perintahnya.  Perempuan pula akan beranggapan dia telah mempunyai penjaga, maka akan ada yang sentiasa memahami dan mendengar luahan hati. Dia ingin menjadi ratu berhias. Hidup lebih senang kerana tidak perlu keluar bekerja mencari rezeki kerana suami sudah ada.
Hakikatnya, selepas kahwin, anggapan yang manis-manis itu hanya sebulan dua. Selepas itu, akan bermula cabaran tanggungjawab yang banyak melatari kehidupan berumahtangga. Berbagai masalah yang timbul antaranya masalah kewangan, kesihatan, kerenah keluarga mertua dan kerenah orang sekeliling. Sesiapa yang mencari kebahagiaan diri dalam kehidupan rumahtangga, maka dia akan menunggu sahaja untuk dilayan oleh pasangannya.
Yang betulnya, kitalah yang bawa kebahagiaan dalam rumahtangga. Laksanakanlah tanggungjawab dan bersifat ihsanlah kepada pasangan. Suami fahamilah tugas isteri dan isteri fahamilah tanggungjawab yang dipikul oleh suami. InsyaAllah kemanisan dalam perkahwinan akan dirasai.
Statistik penceraian di Malaysia menakutkan. Unjuran statistik penceraian boleh dibuat hingga ke jam. Sudah ada bilangan pasangan yang bercerai setiap beberapa jam. Nauzubillah min zalik. Fenomena susah berkahwin mudah bercerai makin menguasai suasana. Berbeza dengan apa yang Islam ajar, mudahkan berkahwin dan elakkan bercerai.
Semua pihak perlu kembali ke landasan Islam. Jangan terpengaruh dengan stail Barat & bukan Islam. Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. Membina keluarga Islam adalah satu tingkatan jihad dalam mendirikan negara Islam.

ERTI DARI IJAB QABUL


‘Tanggung jawab Suami Selepas Ijab Kabul, Saat Ijab Qabul terucap”.
“Saya terima nikahnya si… binti si… dengan mas kawinnya… di bayar tunai…”
Singkat, padat dan jelas. Tapi tahukan makna “perjanjian atau ikrar” tersebut?
Itu tersurat. Tetapi apa pula yang tersirat?
Yang tersirat ialah:
Artinya: “Maka aku tanggung dosa-dosanya si dia (perempuan yang ia jadikan istri) dari ayah dan ibunya. Dosa apa saja yang telah dia lakukan. Dari tidak menutup aurat hingga ia meninggalkan shalat. Semua yang berhubungan dengan si dia (perempuan yang ia jadikan istri), aku tanggung dan bukan lagi orang tuanya yang menanggung. Serta akan aku tanggung semua dosa calon anak-anakku.” Aku juga sadar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahwa nerakalah tempatku kerana akhirnya isteri dan anak-anakku yang akan menarik aku masuk ke dalam Neraka Jahanam dan Malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan saja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada ALLAH.
Jika aku GAGAL (si Suami)?
“Maka aku adalah suami yang fasik,ingkar dan aku rela masuk neraka.Aku rela malaikat menyiksaku hingga hancur tubuhku.” (HR. Muslim)
Duhai para isteri…
Begitu beratnya pengorbanan suamimu terhadapmu. Karena saat Ijab terucap… Arsy-Nya berguncang karena beratnya perjanjian yang dibuat olehnya di depan ALLAH, dengan disaksikan para malaikat dan manusia. Maka andai saja kau menghisap darah dan nanah dari hidung suamimu, maka itupun belum cukup untuk menebus semua pengorbanan suami terhadapmu…
Semoga jadi untuk pengalaman yang sudah nikah maupun yang belum…
Subhanallah… beratnya beban yang di tanggung suami. Bukankah untuk meringankan tanggung jawabnya itu berarti seorang istri harus patuh kepada suami, menjalankan perintah ALLAH dan menjauhi larangan-Nya? Juga mendidik putra-putri kita nanti agar mengerti tentang agama dan tanggung jawab. Semoga kita semua menjadi orang tua yang dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita kelak dengan agama dan cinta kasih sehingga tercipta keluarga kecil yang sakinah, mawaddah, warahmah. Aamin
FB Page: 
Kursus Kahwin Alor Setar
Kursus Perkahwinan Islam Masjid Al-Muttaqin Jitra

Sunday 15 May 2016

Cinta atau Jodoh ?



Mungkin kau dan dia ada jodoh. Siapa tahu kan? Dalam sibuk bercinta, kadang-kadang kita lalai dengan tanggungjawab yang perlu kita laksanakan. Tanggungjawab dengan siapa? Allah. Bercinta ke hulu ke hilir, kau langgar perintah Allah, buat benda terlarang. Kau agungkan cinta manusia melebihi cinta kepada Allah. Suatu hari nanti, manusia yang kau agung-agungkan cintanya pergi meninggalkan kamu, saat tu siapa yang kau cari dan bersedih? Sudah tentunya Allah yang kau cari..

Percayalah, lambat atau cepat, jodoh itu pasti datang. Janji Allah itu pasti. Dengan siapa kau bercinta, dengan siapa kau bertunang, akhirnya orang yang tidak pernah kenal kau yang akan dijodohkan. Siapa tahu itu semua adalah rahsia Allah. Apa yang penting, berdoa. Semoga diketemukan dan dijodohkan dengan orang yang baik-baik, dapat membimbing kita ke Syurga.

Pssttt... Jangan ingat Jodoh yang sampai dulu dari Ajal.. Kadang-kadang kita tak tahu Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita, Dia menjemput kita dengan ajal dulu..

Jangan lupa tarikh kursus kahwin ;)

KURSUS TERDEKAT BULAN MEI
➳20 & 21 MEI 2016 (Jumaat & Sabtu) >> JITRA
➳28 & 29 MEI 2016 (Sabtu & Ahad) >>ALOR SETAR

NEXT DATE!
➳04 & 05 JUN 2016 (Sabtu & Ahad) >>MASJID AL-MUTTAQIN JITRA
➳25 & 26 JUN 2016 (Sabtu & Ahad) >>MASJID SULTANAH BAHIYAH ALOR SETAR
.
➳23 & 24 JULAI 2016 (Sabtu & Ahad) >> MASJID SULTANAH BAHIYAH ALOR SETAR
➳29 & 30 JULAI 2016 (Jumaat & Sabtu) >>MASJID AL-MUTTAQIN JITRA
.
➳05 & 06 OGOS 2016 (Jumaat & Sabtu) >>MASJID AL-MUTTAQIN JITRA
➳27 & 28 OGOS 2016 (Sabtu & Ahad) >>MASJID SULTANAH BAHIYAH ALOR SETAR
.
➳02 & 03 SEPT 2016 (Jumaat & Sabtu) >>MASJID AL-MUTTAQIN JITRA
➳24 & 25 SEPT 2016 (Sabtu & Ahad) >>MASJID SULTANAH BAHIYAH ALOR SETAR
.
➳01 & 02 OKT 2016 (Sabtu & Ahad) >>MASJID AL-MUTTAQIN JITRA
➳14 & 15 OKT 2016 (Jumaat & Sabtu) >>MASJID AL-MUTTAQIN JITRA
➳22 & 23 OKT 2016 (Sabtu & Ahad) >>MASJID SULTANAH BAHIYAH ALOR SETAR
.
➳04 & 05 NOV 2016 (Jumaat & Sabtu) >>MASJID AL-MUTTAQIN JITRA
➳19 & 20 NOV 2016 (Sabtu & Ahad) >> MASJID AL-MUTTAQIN JITRA
➳26 & 27 NOV 2016 (Sabtu & Ahad)>> MASJID SULTANAH BAHIYAH ALOR SETAR
.
➳02 & 03 DIS 2016 (Jumaat & Sabtu)>> MASJID AL-MUTTAQIN JITRA
➳17 & 18 DIS 2016 (Sabtu & Ahad)>> MASJID AL-MUTTAQIN JITRA
➳24 & 25 DIS 2016 (Sabtu & Ahad)>> MASJID SULTANAH BAHIYAH ALOR SETAR
=================
☢ DAFTAR SEKARANG SEMENTARA MASIH ADA KEKOSONGAN!!!
.
<< WHATSAPP 017 – 5767 433 >>
<< WHATSAPP 017 – 5767 433 >>
<< WHATSAPP 017 – 5767 433 >>
.
Untuk DAFTAR Anda cuma perlu berikan: NAMA PENUH + NO. I/C + NO. TEL + TARIKH KURSUS YANG DIPILIH.
.
***MENANGI CASH SEBANYAK RM50 SETIAP KALI KURSUS KAHWIN DIADAKAN. ANDA MUNGKIN BERTUAH UNTUK DAPAT ;) ***

FB Page: 
Kursus Kahwin Alor Setar
Kursus Perkahwinan Islam Masjid Al-Muttaqin Jitra

Wednesday 11 May 2016

Menangi Cabutan Bertuah Pada Hari Kursus Kahwin



Assalamualaikum semua.. Untuk makluman, syarikat kami buat pertama kalinya akan memberikan hadiah cash tunai sebanyak RM50 kepada pemenang yang bertuah. Setiap kali kursus kahwin diadakan, kami akan memberikan dan membuat cabutan bertuah. Hanya yang bertuah sahaja tau yang dapat. hehe. Jadi, tunggu apa lagi, jom lah daftar sekarang..Mana tahu kot ada rezeki untuk dapat ka..;) Boleh ajak kawan-swkali. Jom la daftar sekarang!

Semudah whatsapp..untuk booking/daftar boleh berikan NAMA PENUH, NOMBOR IC, NO TELEFON DAN TARIKH KURSUS KE 017- 5767 433

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai tarikh kursus yang dibuat, boleh layari facebook page kami di:

FB Page: 
Kursus Kahwin Alor Setar
Kursus Perkahwinan Islam Masjid Al-Muttaqin Jitra

Cepat-cepatlah mendaftar ye..Seat dah penuh, jangan salahkan kami ye ;)

15 Tanda Anda Sudah Bersedia Untuk Berkahwin



1. Anda  sibuk MERANCANG RUMAH TANGGA dan bukan semata-mata merancang walimatul urus

2. Anda mula berfikir cara terbaik untuk MENYUMBANG kepada orang lain dan bukan lagi mengharap orang lain untuk menyumbang

3. Visi anda mula berfokus untuk MENCAPAI JANNAH bersamanya

4. Anda mula BERFIKIRAN TERBUKA dan belajar menghargai perbezaan

5. Anda memahami KONSEP PERKAHWINAN itu ialah saling menerima dan toleransi
6. Anda tidak tenggelam dalam fantasi cinta seperti dalam novel cinta, Hindustan dll. Perkahwinan datang dengan TANGGUNGJAWAB!
7. Anda mencari TEMAN SEUMUR HIDUP dan bukannya mencari teman ketika senang sahaja

8. Anda sedar perkahwinan MEMERLUKAN PENGORBANAN daripada pihak anda juga, bukan mengharapkan pasangan anda lakukan segalanya

9. Anda mahu MENYUMBANG dalam rumah tangga. Bakal suami memberi nafkah kepada keluarga. Bakal isteri membantu bakal suami agar mereka dapat memberi nafkah itu nanti

10. Anda mula sedar tiada lagi istilah SAYA dalam rumah tangga. Perkahwinan ini melibatkan KITA

11. Anda mula menjadi BERTANGGUNGJAWAB dan MATANG dalam menangani masalah yang melibatkan rumah tangga kelak

12. Anda tahu apa yang anda MAHUKAN daripada pasangan anda itu nanti dan apa yang anda boleh BERIKAN

13. Pelan hidup anda juga ada Si Dia dan bukan hanya ada Anda seorang

14. Anda berkahwin kerana mahu melengkapkan DEEN(agama) dan akan buat apa sahaja secara halalnya untuk pastikan ia menjadi

15. Anda mula kurangkan MENCARI dan mula fokuskan pada MENJADI, malah lebih dahsyat lagi anda kini DICARI

KURSUS TERDEKAT BULAN MEI
➳20 & 21 MEI 2016 (Jumaat & Sabtu) >> JITRA
➳28 & 29 MEI 2016 (Sabtu & Ahad) >>ALOR SETAR
NEXT DATE!
➳04 & 05 JUN 2016 (Sabtu & Ahad) >>MASJID AL-MUTTAQIN JITRA
➳25 & 26 JUN 2016 (Sabtu & Ahad) >>MASJID SULTANAH BAHIYAH ALOR SETAR
.
➳23 & 24 JULAI 2016 (Sabtu & Ahad) >> MASJID SULTANAH BAHIYAH ALOR SETAR
➳29 & 30 JULAI 2016 (Jumaat & Sabtu) >>MASJID AL-MUTTAQIN JITRA
.
➳05 & 06 OGOS 2016 (Jumaat & Sabtu) >>MASJID AL-MUTTAQIN JITRA
➳27 & 28 OGOS 2016 (Sabtu & Ahad) >>MASJID SULTANAH BAHIYAH ALOR SETAR
.
➳02 & 03 SEPT 2016 (Jumaat & Sabtu) >>MASJID AL-MUTTAQIN JITRA
➳24 & 25 SEPT 2016 (Sabtu & Ahad) >>MASJID SULTANAH BAHIYAH ALOR SETAR
.
➳01 & 02 OKT 2016 (Sabtu & Ahad) >>MASJID AL-MUTTAQIN JITRA
➳14 & 15 OKT 2016 (Jumaat & Sabtu) >>MASJID AL-MUTTAQIN JITRA
➳22 & 23 OKT 2016 (Sabtu & Ahad) >>MASJID SULTANAH BAHIYAH ALOR SETAR
.
➳04 & 05 NOV 2016 (Jumaat & Sabtu) >>MASJID AL-MUTTAQIN JITRA
➳19 & 20 NOV 2016 (Sabtu & Ahad) >> MASJID AL-MUTTAQIN JITRA
➳26 & 27 NOV 2016 (Sabtu & Ahad)>> MASJID SULTANAH BAHIYAH ALOR SETAR
.
➳02 & 03 DIS 2016 (Jumaat & Sabtu)>> MASJID AL-MUTTAQIN JITRA
➳17 & 18 DIS 2016 (Sabtu & Ahad)>> MASJID AL-MUTTAQIN JITRA
➳24 & 25 DIS 2016 (Sabtu & Ahad)>> MASJID SULTANAH BAHIYAH ALOR SETAR
=================
☢ DAFTAR SEKARANG SEMENTARA MASIH ADA KEKOSONGAN!!!
.
<< WHATSAPP 017 – 5767 433 >>
<< WHATSAPP 017 – 5767 433 >>
<< WHATSAPP 017 – 5767 433 >>
.
Untuk DAFTAR Anda cuma perlu berikan: NAMA PENUH + NO. I/C + NO. TEL + TARIKH KURSUS YANG DIPILIH.
.
***MENANGI CASH SEBANYAK RM50 SETIAP KALI KURSUS KAHWIN DIADAKAN. ANDA MUNGKIN BERTUAH UNTUK DAPAT ;) ***

Like facebook kami di

FB Page: 
Kursus Kahwin Alor Setar
Kursus Perkahwinan Islam Masjid Al-Muttaqin Jitra

Monday 9 May 2016

BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN DALAM ISLAM

Etika pergaulan dan batas pergaulan di antara lelaki dan wanita menurut Islam :
1. Menundukkan pandangan

ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 30)

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 31)

2. Menutup Aurat

ALLAH berfirman : ..dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (An-Nur: 31)

Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.(Al-Ahzab : 59)

Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nur: 59).

Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis.

Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita;

Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (Al-Ahzaab: 53)

4. Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan

Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan)

Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (Al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis

Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)

Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/44)

Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya.

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda : “Telah ditetapkan bagi setiap anak Adam bahagian dosa daripada zina yang pasti akan ditemuinya. Kedua mata dosanya melihat, kedua telinga dosanya mendengar, lidah dosanya membicarakannya, kedua tangan dosanya memegang, kedua kaki dosanya melangkah, dan hati dosanya membayangkan atau mengangan-angankan. Semua itu akan dinyatakan atau tidak oleh kemaluannya.” (Riwayat Muslim)

*Al-Bukhari juga meriwayatkan hadis ini secara ringkas.

Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)

FB Page: 
Kursus Kahwin Alor Setar
Kursus Perkahwinan Islam Masjid Al-Muttaqin Jitra