Wednesday 20 April 2016

Bercinta Selepas Nikah


Harini rasa macam nak bercerita sikit pasal life weols ,
kitorang start kenal kat fb je pon , time tu lepas espiem,
sementara tunggu result tu memang mencari ahh kan ,
hahaha ,
nak di jadikan cerita aku ni takde la lawa mane pon tapi peminat tu memang ramai ahh .. Aku kawan je dengan dia ni ,
Ya Allah niat memang ada tak elok jugak , sekadar kawan je takde rasa cinta ,
sebab time tu aku ada orang lain .. Kiranya cinta mati ah kekonon , bersumpah seranah tak nak kat dia ni , kau tak caye , kau tanya la kengkawan semua memang aku tak nak kat dia ni,
Time aku masuk belajar kat uitm shah alam , aku memang bercinta dengan orang lain , tapi malang nya cinta aku tu terhenti sebab dia ada orang lain ,
tapi katanya dia memang ah sayang kat aku , nak di jadikan cerita jugak ,
suami aku yang sekarang ni stay tunggu aku even aku lansung tak pandang dia, duk pandang yang lain .
Dia stay doe tunggu aku sampai aku rasa annoying giler ah dia ni .. Kacau2 aku..
Dah orang tak nak tu kau nak apa lagi ..
Time bf aku tinggalkan aku tu memang banyak ahh mamat2 hadir, dia pon sua muka jgk tanya khabar smua, tapi aku layan gitu2 je..
Dalam sepanjang semester tu memang aku jumpe macam2 orang , tapi tak menjadi jugak , aku frust giler kot ,
pastu laki aku ni duk tak habis2 ngekjas aku , last2 aku terima yelaa tgh down kan.. Buat keputusan kalau dia betul2 nak aku , masuk minang , malas nak couple2 .
Raya ketiga dia masuk minang aku , then 3 semester nak habis belajar tu kawen , aku bercinta dengan dia lepas kawen.
After kawen dia graduate n alhamdulilah lah rezeki dia ,
lepas kawen terus dapat keja ,
aku time tu still mengagahi nak habis belajar , last sem pregnant pulokkk..
Mak aii bawak perut g kelas , kau rasee???
Time tu zaman rock lagi baby dalam perut aku rempit do p kelas ..
Duduk pon asing lagi dengan husband jumpa weekend.. Takde rumah takde ape...
Ohh terseksa jiwa raga .
Last sem aku habiskan jugak study aku tak kira aku nak jugak habiskan tak nak extend sayang sikit lagi wei .. Walaupon susah aku gagah perabih jugak ,
Allah permudahkan urusan kami , hidup takde senang sangat , tapi alhamdulilah sama2 ada masa depan sendiri , ada rumah sendiri , ada kereta semua kelengkapan sendiri ..
Orang lain graduate bawak mak ayah , aku bawak baby n suami..
Tapi abang aku join jugak 😁..alhamdulilah jugak sekarang umur 22 tahun dah ada kerjaya sendiri ( keja biasa2 je la) aku pernah bina butik atas jenama aku , aku kelola sendiri , (sekarang dah tutup sebab pindah ke shah alam ) weekend aku buat part time photoshoot pakaian muslimah , and ada bisnes online.rezeki memang tak pernah putus ..
Semua menjadi alhamdulilah~~
semoga Allah terus murahkan rezeki kami sekeluarga.
# Cuma nak cakap sebenarnya orang yang kita rasa annoying , tak suke , menyampah tu laa yang selalu jadi laki kite .. Dan di sebalik kesusahan tu akan ada kebaikan dia.. Usaha jangan berenti . Kawen muda , memanglah takde apa2 tapi Allah akan buka kan pintu rezeki itu seluas2nya.. Nak dengan tak nak jerr.. 😬 Lepas ni kalau nak kawen muda jangan pikir nak bagi makan pasir , keja kau kawen , jaga amanah Allah , bab rezeki selagi kau usaha Allah tentukan.. InsHaAllah.. 😘

c/p dari kisah sahabat di Facebook

http://www.ohbulan.com/pregnant-masa-semester-akhir-wanita-ini-cerita-suka-duka-kahwin-muda-hingga-capai-relationship-goal/

Kursus Kahwin Sempena Hari Pekerja




Assalamualaikum.. Coming! Coming!

KURSUS KAHWIN HARI PEKERJA!

Nak tahu apa istimewanya ?

ANDA MUNGKIN BERPELUANG UNTUK MENDAPAT HADIAH TUNAI SEBANYAK RM200 !!

Bagaimana? Sertai kursus kahwin bersama kami jaa ;)
.
ANDA BELUM SERTAI KURSUS KAHWIN? SELALU TIADA MASA? SUDAH CUTI TAPI PASANGAN PULA KERJA?

Haa..jangan tunggu-tunggu lagi, terus daftar jaa..
.
Tarikh: 30 April - 1 Mei 2016
Hari: Sabtu - Ahad
Tempat: Dewan Masjid Al-Muttaqin Bandar Darulaman, Jitra
.
CABUTAN BERTUAH JUGA MENANTI ANDA !
.
Untuk daftar → Hantar NAMA PENUH, NOMBOR IC, NO FON & TARIKH KURSUS KE 017-5767 433 sekarang !
.
017-5767 433
017-5767 433
017-5767 433
.
----------
Orang lain pun nak hadiah juga ?hehe Hadiah MISTERI menanti anda! Terbuka kepada semua :)

ANDA SUDAH SERTAI KURSUS? BOLEH TOLONG KAMI SAMPAIKAN KEPADA RAKAN YANG BELUM SERTAI KURSUS? ANDA MUNGKIN BERPELUANG UNTUK MENDAPAT HADIAH MISTERI..

2  ORANG SAHAJA YANG BERTUAH AKAN KAMI PILIH
----------
.
Caranya mudah sangat.. Anda boleh ikut step-step di bawah :

1) Like page kami
Kursus Kahwin Alor Setar / Kursus Perkahwinan Islam Masjid Al-Muttaqin Jitra
2) Share post ini
3) Tag 5 orang rakan anda yang belum berkahwin
4) Letak hashtag
#KalamMuslimTerbaik
5) Komen "Done"

Siap! Mudah je kan ;)
.
Pemenang akan diumumkan pada hari Khamis 28 April 2016.
.
.
FB Page: 
Kursus Kahwin Alor Setar
Kursus Perkahwinan Islam Masjid Al-Muttaqin Jitra

.
.
.
***Kursus seterusnya pada 6 & 7 Mei 2016 di Jitra dan 28 & 29 Mei di Alor Setar.

Monday 18 April 2016

Mutiara kata Keluarga Bahagia


Bahagiakanlah keluarga kita sebelum membahagiakan orang lain.

Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera.

Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.

Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.

Seorang yang bekerja keras untuk menunaikan tanggung jawab kepada keluarganya adalah bukti kasihnya kepada keluarganya.

Tingginya darjat suami ditentukan oleh perjuangannya menjadi pemimpin rumah tangga, sehingga dituntut menjadi teladan yang baik bagi keluarga yang dipimpinnya.

Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka.

Kasih sayang yang terjalin diantara anak dan ibubapa mampu melahirkan sikap jujur dan terbuka.

Kekuatan cinta yang tulus mampu menggerakkan lisan untuk senantiasa berterima kasih kepada pasangan, anak ataupun ibubapanya.

Mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia.

Pecinta keluarga tidak akan membiarkan dalam rumahnya berlaku keburukan dan kemaksiatan.

Anak-anak lebih memerlukan contoh dan keteladanan dari kedua ibu-bapa mereka daripada celaan dan kekerasan.

Kehidupan kita akan berubah apabila dimulai dengan perubahan diri, keluarga dan persekitaran.

Mahkota orang tua adalah anak cucunya dan kehormatan anak-anak adalah kerana nenek moyang mereka.

Apabila setiap ahli keluarga saling mencintai, menyayangi, dan saling mengalah, nescaya seluruh masyarakat akan menjadi baik, aman dan damai.

Keharmonian keluarga terletak pada sikap tanggungjawab dan terbangunnya komunikasi yang sihat diantara ahli keluarga.

Komunikasi dalam keluarga akan senantiasa terpelihara selama komunikasi dengan Allah pun tetap terjaga.

Keluarga yang dekat dengan Allah akan menjadi keluarga yang layak ditolong olehNya dalam setiap urusannya.

Rasul saw bersabda, paling dekat dengan ku kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya.

Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya, maka dia adalah seumpama seorang mujahid dijalan Allah.

Warisan termahal dan terbaik dari diri kita untuk keluarga, keturunan, dan masyarakat adalah keindahan akhlak kita.

Allah mencintai orang-orang yang selalu berjuang memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat.

Cintailah suami atau isteri kita dengan memuliakan ibubapa dan keluarganya.

Bagaimana kita bersikap kepada anak-anak kita, begitu pulalah mereka akan bersikap kepada kita. Maka berikan sikap yang terbaik kepada mereka

Jika Allah cinta kepada sebuah keluarga, maka salah satu cirinya ialah keluarga itu dibukakan hati untuk ilmu agama.

Kebahagiaan sesuatu keluarga bukanlah diukur dari segi mata-benda, tapi sejauh mana keta’atan keluarga kepada Allah.

Ibadah seorang ibu adalah modal bagi lahirnya anak-anak yang soleh yang akan menjadi benteng bagi ibubapanya kelak di akhirat.

FB Page: 
Kursus Kahwin Alor Setar
Kursus Perkahwinan Islam Masjid Al-Muttaqin Jitra

MENDIDIK ANAK CARA RASULULLAH S.A.W


Mungkin ramai dari kita yang masih mencari-cari cara yang terbaik untuk mendidik anak.
Ada yang berpendapat, anak-anak tidak harus diberi muka. Mereka harus dipukul dan dimarahi sekiranya membuat silap. Ini bagi mengelakkan mereka menjadi semakin teruk di kemudian hari.
Ada juga yang berpendapat, anak-anak harus dibelai manja dan disayangi. Ditegur dengan baik apabila ada membuat salah. Bagi mereka, anak-anak masih belum matang dan harus didik dan diberikan panduan sekiranya ada membuat kesalahan.
Namun, itu adalah pendapat peribadi kita dan kedua-dua penyelesaian mungkin tepat dengan situasi yang dihadapi, wallahu alam.
Namun elok juga kita lihat dan contohi apa yang Nabi Muhammad S.A.W contohkan kepada kita. Mendidik anak cara rasulullah adalah cara yang terbaik dari insan yang terbaik.
Al-Aqraa bin Harits melihat Nabi Muhammad S.A.W mencium Al-Hasan r.a. lalu berkata;
“Wahai Rasulullah, aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium mereka.”
Rasulullah bersabda;
“Aku tidak akan mengangkat engkau sebagai seorang pemimpin apabila Allah telah mencabut rasa kasih sayang dari hatimu. Barang siapa yang tidak memiliki rasa kasih sayang, niscaya dia tidak akan di sayangi.” ~ wallahu alam
Ada riwayat lain menyebutkan bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersujud dalam masa yang panjang ketika mengimamkan solatnya, maka salah seorang sahabat bertanya;
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya anda lama sekali bersujud, hingga kami mengira ada sesuatu kejadian atau anda sedang menerima wahyu.
Nabi Muhammad SAW, menjawab:


“Tidak ada apa-apa, tetaplah aku ditunggangi oleh cucuku, maka aku tidak mau tergesa-gesa sehingga dia puas.” Adapun anak yang di maksud ialah Al-Hasan atau Al-Husain Radhiyallahu Anhuma ~ Wallahua'lam
FB Page: 
Kursus Kahwin Alor Setar
Kursus Perkahwinan Islam Masjid Al-Muttaqin Jitra


Sunday 17 April 2016

50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr Fadzilah Kamsah


1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.


Thursday 14 April 2016

Kenapa Wanita Tak Sanggup Dimadukan?



Ramai dan kebanyakan isteri paling fobia dengan istilah ‘madu’, ada yang sampai sanggup berbuat apa sahaja termasuk meminta pertolongan bomoh dan melakukan perbuatan khurafat asalkan diri tidak di dua tiga atau empatkan (dimadukan).

Sesungguhnya, ‘mengharamkan’ dan membenci apa yang dihalalkan oleh agama secara tidak lansung bermakna kita mengingkari suruhan agama. Ini boleh mengundang dosa.

Mungkin ramai yang tidak menyedarinya dan mungkin juga ada yang sedar, tapi berpura-pura tidak tahu, malahan memberi pelbagai alasan dan masih lagi ingin menolak sekeras-kerasnya poligami.

Kita manusia hanya merancang, namun Allah jualah yang Maha Mengetahui. Dalam apa jua tindakan atau keputusan yang diambil, mohonlah petunjuk dari Ilahi. InsyaAllah selamat dunia dan akhirat.

Kenapa isteri menolak poligami? 
1. Antara faktor utama adalah persekitaran, masyarakat sering menggambarkan perkara yang negatif apabila melibatkan soal poligami, tak kurang ramai yang mencemuh dan memandang serong apabila wanita dimadukan atau bermadu.

2. Isteri kedua, ketiga dan keempat sering dituduh sebagai perampas, dan sering didoakan agar pernikahan tidak berkekalan.

3. Siapa yang sanggup terjun ke ‘lombong cemuhan dan fitnah?, mungkin ada tapi tak ramai yang sanggup menahan telinga mendengar cemuhan dan kutukan dari masyarakat.

4. Faktor media dan pengalaman dari mereka yang pernah bermadu, sering menggambarkan hidup yang penuh dengan derita, sengsara dan tunggang langgang setelah bermadu menjadi antara faktor mereka enggan bermadu.

5. Jarang lelaki dapat berbuat adil dengan isteri-isteri mereka, kerana selalunya niat mereka berpoligami serong, bukan kerana Allah tapi kerana tuntutan nafsu semata-mata, maka, bila nafsu mengawal diri, pasti pincanglah sesuatu institusi.

6. Ada suami mengabaikan nafkah zahir dan batin isteri pertama setelah ada pengganti yang baru, lebih menyedihkan, isteri pertama di aniaya dan anak-anak menjadi mangsa.

7. Lelaki sering menjadikan ‘Sunnah Nabi’ sebagai alasan untuk berpoligami namun malangnya suruhan serta tuntutan Nabi dan agama yang lain-lainnya ditolak tepi dan diabaikan.Sudahnya, meranalah seluruh isi keluarga. Kebahagiaan yang ingin dikecapi sebaliknya derita yang diperolehi.

8. Isteri juga enggan bermadu kerana ada di antara mereka terlupa bahawa setiap apa yang kita miliki di dunia ini adalah semuanya pinjaman dari Dia yang Esa.

9. Mereka yakin dan percaya, suami adalah hak milik isteri.Apabila ini terjadi, mereka takut kehilangan hak milik mereka apatah lagi berkongsi hak milik dengan wanita lain.

10. Emosi yang sembilan gagal dikawal akal yang satu, lalu sering terjadi, mereka lebih rela diceraikan daripada dimadukan. Kedua-duanya halal, tapi satu dibenci dalam Islam dan satu lagi dituntut jika kena caranya.

Manusia sering dihidapi penyakit rohani atau penyakit hati yang sukar di lihat apatah lagi untuk di ubati. Antara penyakit hati yang paling merbahaya adalah ‘keras hati’. Dimana mereka tidak takut atau gerun bila melakukan kejahatan dan tidak pula berasa seronok bila melakukan ketaatan kepada Allah.

Penyakit hati yang lain pula antaranya adalah tamak, dengki, cemburu, iri hati. Dan adakalanya, apabila penyakit ini kian parah, mereka sanggup menganiaya manusia lain pula. Maka, kerana adanya penyakit hati ini, tak ramai antara kita yang sanggup mengambil risiko bermadu atau dimadukan.
 
Kesimpulannya

Demikianlah antara faktor kenapa kebanyakan wanita enggan berpoligami. Seandainya, punca-punca itu dapat di kikis atau dibuang, nescaya, para isteri tidak lagi gentar dengan istilah bermadu.

Jika semuanya baik lelaki atau wanita sedar hakikat sebenar sebuah pernikahan, insyaAllah, walau apa ujian dan dugaan mendatang, insyAllah sesebuah institusi kekeluargaan itu pasti tetap akan berdiri kukuh.

Poligami yang berjaya akan wujud jika unsur-unsur keadilan terhadap wanita dipenuhi, dan terlepas sama sekali dari belenggu rasa cemburu, perasaan buta dan ego yang berlebihan.

Poligami tidak bermaksud mengurangkan hak dan kehormatan wanita. Tetapi menjunjang kepentingan wanita.Pernikahan suaminya dgn wanita lain adalah lebih baik baginya daripada perceraian.


FB Page: 
Kursus Kahwin Alor Setar
Kursus Perkahwinan Islam Masjid Al-Muttaqin Jitra