Monday 16 May 2016

Memahami Tanggungjawab Suami Isteri

Ramai yang menyangka apabila selesai akad, maka pasangan akan memahami kita dan akan melayan kita sebaiknya. Lelaki akan beranggapan dia ketua keluarga, maka dia anggap isterinya akan melayan diri, makan dan pakainya. Dia bakal menjadi raja. Isterinya kena patuh dan taat segala perintahnya.  Perempuan pula akan beranggapan dia telah mempunyai penjaga, maka akan ada yang sentiasa memahami dan mendengar luahan hati. Dia ingin menjadi ratu berhias. Hidup lebih senang kerana tidak perlu keluar bekerja mencari rezeki kerana suami sudah ada.
Hakikatnya, selepas kahwin, anggapan yang manis-manis itu hanya sebulan dua. Selepas itu, akan bermula cabaran tanggungjawab yang banyak melatari kehidupan berumahtangga. Berbagai masalah yang timbul antaranya masalah kewangan, kesihatan, kerenah keluarga mertua dan kerenah orang sekeliling. Sesiapa yang mencari kebahagiaan diri dalam kehidupan rumahtangga, maka dia akan menunggu sahaja untuk dilayan oleh pasangannya.
Yang betulnya, kitalah yang bawa kebahagiaan dalam rumahtangga. Laksanakanlah tanggungjawab dan bersifat ihsanlah kepada pasangan. Suami fahamilah tugas isteri dan isteri fahamilah tanggungjawab yang dipikul oleh suami. InsyaAllah kemanisan dalam perkahwinan akan dirasai.
Statistik penceraian di Malaysia menakutkan. Unjuran statistik penceraian boleh dibuat hingga ke jam. Sudah ada bilangan pasangan yang bercerai setiap beberapa jam. Nauzubillah min zalik. Fenomena susah berkahwin mudah bercerai makin menguasai suasana. Berbeza dengan apa yang Islam ajar, mudahkan berkahwin dan elakkan bercerai.
Semua pihak perlu kembali ke landasan Islam. Jangan terpengaruh dengan stail Barat & bukan Islam. Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. Membina keluarga Islam adalah satu tingkatan jihad dalam mendirikan negara Islam.

ERTI DARI IJAB QABUL


‘Tanggung jawab Suami Selepas Ijab Kabul, Saat Ijab Qabul terucap”.
“Saya terima nikahnya si… binti si… dengan mas kawinnya… di bayar tunai…”
Singkat, padat dan jelas. Tapi tahukan makna “perjanjian atau ikrar” tersebut?
Itu tersurat. Tetapi apa pula yang tersirat?
Yang tersirat ialah:
Artinya: “Maka aku tanggung dosa-dosanya si dia (perempuan yang ia jadikan istri) dari ayah dan ibunya. Dosa apa saja yang telah dia lakukan. Dari tidak menutup aurat hingga ia meninggalkan shalat. Semua yang berhubungan dengan si dia (perempuan yang ia jadikan istri), aku tanggung dan bukan lagi orang tuanya yang menanggung. Serta akan aku tanggung semua dosa calon anak-anakku.” Aku juga sadar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahwa nerakalah tempatku kerana akhirnya isteri dan anak-anakku yang akan menarik aku masuk ke dalam Neraka Jahanam dan Malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan saja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada ALLAH.
Jika aku GAGAL (si Suami)?
“Maka aku adalah suami yang fasik,ingkar dan aku rela masuk neraka.Aku rela malaikat menyiksaku hingga hancur tubuhku.” (HR. Muslim)
Duhai para isteri…
Begitu beratnya pengorbanan suamimu terhadapmu. Karena saat Ijab terucap… Arsy-Nya berguncang karena beratnya perjanjian yang dibuat olehnya di depan ALLAH, dengan disaksikan para malaikat dan manusia. Maka andai saja kau menghisap darah dan nanah dari hidung suamimu, maka itupun belum cukup untuk menebus semua pengorbanan suami terhadapmu…
Semoga jadi untuk pengalaman yang sudah nikah maupun yang belum…
Subhanallah… beratnya beban yang di tanggung suami. Bukankah untuk meringankan tanggung jawabnya itu berarti seorang istri harus patuh kepada suami, menjalankan perintah ALLAH dan menjauhi larangan-Nya? Juga mendidik putra-putri kita nanti agar mengerti tentang agama dan tanggung jawab. Semoga kita semua menjadi orang tua yang dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita kelak dengan agama dan cinta kasih sehingga tercipta keluarga kecil yang sakinah, mawaddah, warahmah. Aamin
FB Page: 
Kursus Kahwin Alor Setar
Kursus Perkahwinan Islam Masjid Al-Muttaqin Jitra

No comments:

Post a Comment